Name : Okra ( ladies finger )
Botanical name : Abelmoschus esculentus
Family : Mal vaceae
Sayur bendi atau kacang bendi merupakan salah satu sayur yang mengandugi kahsiat tersendiri. Melalui penyeledikan mengenai sayur bendi ni...ia mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat dan 1 % serat juga kaya dengan zat galian, kalsium dan vitamin. kacang bendi mengandungi lendir dimana lendirnya sangat sesuai untuk merawat penyakit gonorea, sifilis, bengkak pada bahagian saluran kerongkong dan juga bahagian hidung. Selain dari itu juga, ia sangat sesuai untuk merangsang sistem pembuangan air kecil, dan dapat meredakan sakit-sakit sendi, mengawal paras gula dalam darah, kandungan serat mengawal kolesterol dalam badan, mengelakkan risiko mendapat penyakit kanser, juga sesuai untuk mengawal penyakit yang berkaitan dengan colon-rektum. Kacang bendi juga mengandungi vitamin yang penting untuk badan kita iaitu vitamin B6 dan folic acid. Dari segi cara penyediaan atau cara masak yang paling sesuai ialah dengan cara merebus. Jangan rebus sayur bendi terlalu lama, untuk mengetahui sayur bendi sudah cukup masak caranya ialah kita guna benda yang tajam dan cucuk kacang bendi. Kalau kacang bendi cukup lembut bolehlah di angkat. Kita tidak boleh biarkan sayur bendi tu masak terlalu lama sebab takut khasiat dalam sayur bendi tu hilang atau berkurang. Cara memakan sayur bendi bergantung dengan seseorang, bagi saya lebih enak di cecah dengan lada goreng. Jadi pesanan saya rajin-rajin la makan sayur bendi ni sebab nak tengok kesannya bukan setakat makan sekali dua saja...amalkan selalu sebagai menu harian kita. Kalau kata rebus tak sedap, so buat la apa saja menu yang kamu suka..masak kari sayur bendi atau masak asam pedas sayur bendi pun boleh asalkan sedikit daripada kandungan nutrisinya kita dapat. Sekian, terima kasih.