Friday, September 10, 2010

KHASIAT PERIA

BITTER GOURD ( PERIA )

Peria boleh dikategorikan sayur yang punya banyak khasiat. Rasanya yang pahit boleh merawat pelbagai jenis penyakit. Kaya dengan fosforus, zat besi, kuprum, potassium dan kaya dengan vitamin iaitu vitamin A, B1, B2 dan C. Peria mampu membersihkan darah, membantu melancarkan penghadaman dan merangsang fungsi hati. Antara penyakit yang mampu dirawat oleh peria seperti kencing manis, sembelit, psoriasis, penyakit yang berkaitan dengan pernafasan dan cirit birit ( sebagai ubat bagi mereka yang sakit perut ). Peria juga sangat sesuai bagi mereka yang menghidap diabetes kerana kebolehannya dalam mengawal atau mengurangkan paras gula dalam darah. Oleh kerana peria mengandungi insulin iaitu hypoglycemic, maka ia mempunyai kebolehan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Selain dari itu, peria mampu menurunkan kadar kolesterol. Bukan setakat lobak yang mempunyai kemampuan dalam mengurangkan risiko rabun, tetapi peria juga punya kehebatan yang sama.